
Anwar Ibrahim|Apr 17, 2025 10:38
Dalam mesyuarat dua hala bersama delegasi Malaysia dan Thailand, saya zahirkan penghargaan kepada PM @ingshin atas komitmen memperkukuh hubungan antara dua negara.
Saya menghargai kesediaan Kerajaan Thailand untuk meneruskan kemajuan terhadap kesepakatan sedia ada, yang menyentuh usaha memperkasa ekonomi di wilayah utara Malaysia dan selatan Thailand.
Thailand kini merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia, dengan nilai perdagangan mencecah lebih AS25 bilion pada tahun lalu. Insya-Allah, pelaksanaan projek-projek strategik ini berpotensi menyumbang kepada lonjakan nilai dagangan dua hala mencecah AS30 bilion menjelang 2027.
Justeru, saya dan PM Paetongtarn sepakat untuk menyegerakan pelaksanaan projek-projek utama termasuk pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok dan projek tebatan banjir di Sungai Golok.
Alhamdulillah, pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok mencapai kemajuan penting tatkala kami menyaksikan detik bersejarah permeteraian perjanjian pembinaan jambatan persahabatan ini.
Perjanjian ini ditandatangani Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mewakili Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit.
Kami juga sempat menyentuh isu tarif Amerika Syarikat (AS), dan mengulangi komitmen untuk mendepaninya secara kolektif di peringkat ASEAN menerusi pendekatan rundingan yang adil dan mampan.
===
In our bilateral meeting, I conveyed my appreciation to Prime Minister Paetongtarn Shinawatra for her strong commitment to deepening Malaysia–Thailand relations.
We welcomed progress on existing agreements, particularly efforts to boost economic growth in northern Malaysia and southern Thailand. With Thailand now Malaysia’s sixth-largest trading partner and total trade exceeding US25 billion last year, these initiatives will, help us reach our US30 billion target by 2027.
To this end, we agreed to accelerate key projects, including the new Rantau Panjang–Sungai Golok bridge and flood mitigation works along the Golok River. We also witnessed a significant milestone with the signing of the Friendship Bridge construction agreement by our respective ministers.
Our discussion also touched on U.S. tariffs, where we reaffirmed our shared commitment to addressing the issue collectively through ASEAN, guided by dialogue and a sustainable, fair approach.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink