Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Apr 12, 2025 13:14
Mengakhiri kunjungan ke Pulau Pinang, saya ke Butterworth untuk menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Pulau Pinang, yang ketiga minggu ini selepas sambutan Aidilfitri di Pahang semalam dan di Kelantan pagi tadi. Saya terharu dan gembira dengan sambutan Aidilfitri MADANI di ketiga-tiga negeri ini yang diraikan rakyat berbilang kaum dalam suasanan aman, penuh kasih sayang dan saling menghormati. Suasana harmoni ini membuktikan betapa rakyat enggan menyambut sentimen kebencian dan hasutan permusuhan antara kaum dan agama yang dicetuskan kumpulan ahli politik yang ketandusan idea. Hakikatnya, orang Melayu, Cina, India, Orang Asli tiada masalah untuk duduk semeja tanpa iri hati atau curiga. Dalam ucapan, saya turut menyinggung perkembangan perdagangan dunia terkait pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Benar, perkembangan ini membimbangkan terutama bagi sektor tertentu seperti semikonduktor negara dengan 65 peratus eksportnya ke AS. Namun kita punya pilihan, sama ada mengalah atau mencari jalan keluar daripada situasi ini. Justeru saya percaya kita harus manfaatkan hubungan baik dengan AS, China, Eropah dan ASEAN bagi merangka penyelesaian tuntas. Alhamdulillah, perbincangan dengan rakan-rakan ASEAN sejak beberapa hari lalu telah menjurus kepada satu kesepakatan untuk negara-negara anggota rantau ini bertindak sebagai satu kekuatan. Di akhir ucapan, saya sempat mengupas pengertian ucapan permohonan maaf zahir dan batin, yang sering diungkapkan sewaktu Aidilfitri. Berbeza dengan negara-negara Islam lain, ungkapan istimewa ini hanya menjadi kebiasaan di Malaysia bagi menggambarkan keikhlasan permohonan maaf itu yang lahir dari hati nurani untuk memperbaiki diri, dan tidak sekadar dibicarakan. Semoga Aidilfitri ini menjadi kesempatan untuk mengikat perasaan muhibah antara kita, memperkukuh perpaduan dan berusaha menjadi lebih baik selaras dengan seruan islah mas tata’tu. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+3
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads