
Anwar Ibrahim|Apr 12, 2025 05:17
Usai Mesyuarat Pembangunan Negeri (MPN) di Kota Bharu, saya bersama Menteri Besar Kelantan hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pantai Irama, Bachok bersama pelbagai lapisan masyarakat tempatan.
Dalam ucapkan, saya titipkan pesanan dan harapan Kerajaan MADANI ini untuk terus bekerja demi semua, termasuk rakyat di Kelantan meski berdepan gelora politik antarabangsa dan perkembangan ekonomi dunia.
Situasi ini pasti akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada negara dan juga rakyat terbanyak termasuk di Kelantan, namun usaha meneruskan projek pembangunan tidak akan terhenti melalui hubungan persaudaraan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kemaslahatan rakyat.
Saya turut umumkan sumbangan sebanyak RM4 juta bagi pembinaan baharu Masjid Gong Chapa Temila, Pasir Puteh dan peruntukan sebanyak RM800,000.00 untuk penyiapan Masjid At-Taqwa, Mukim Beris Pak Pura, Bachok, moga sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk ahli kariah setempat.
Terima kasih kepada semua yang hadir, gegak-gempita memenuhi segenap khemah yang ada, moga Syawal ini terus membawa keberkatan untuk kita semua, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink