
Anwar Ibrahim|Mar 20, 2025 08:56
Membangun semula perumahan lama termasuk rumah-rumah pangsa yang usang melalui Pembangunan Semula Bandar (PSB) tentunya menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam membela masyarakat bandar pelbagai kaum.
Mana mungkin kita biarkan sebilangan mereka tinggal di rumah daif satu bilik dengan keadaan persekitaran yang tidak sihat sedangkan ekonomi mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan.
Saya hairan dengan gerombolan yang gigih membalut isu ini dengan konotasi perkauman sedangkan mereka juga mengusulkan perkara yang sama semasa berkuasa.
Bila kontang idea, maka mereka hamburkan naratif perkauman. Pembangkang begini tak ada faedah pada negara, apatah lagi pada rakyat terbanyak.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink