
Anwar Ibrahim|Feb 22, 2025 15:53
Sewaktu berucap pada majlis penutup Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025, saya ulangi kepentingan untuk bekerja sebagai sebuah pasukan yang menuntut kebersamaan serta kesatuan yang tinggi.
Peranan, tugas dan tanggungjawab yang digalas anggota Jemaah Menteri bakal memberi impak dan mencorak masa depan 34 juta rakyat negara ini.
Jika masih berlaku keterlanjuran salahguna kuasa, rasuah, khianat, dan sebagainya, agak sukar untuk Kerajaan MADANI ini membuat perubahan dan terus mengejar impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Sebelum itu dalam sidang media di sebelah petang, saya maklumkan bahawa pemukiman ini bukan sekadar memberi peluang kepada menteri untuk mengemukakan pandangan, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik serta penjawat awam.
Saya percaya, kritikan yang ada perlu diterima dengan hati terbuka sekaligus memberi ruang untuk memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, justeru ia membawa kepada keperluan kesatuan dan kebersamaan untuk berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink