
Anwar Ibrahim|Feb 13, 2025 14:08
Antara fokus utama Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 adalah melalui penyahkarbonan sektor tenaga negara yang merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada pelepasan karbon.
Perkara ini adalah kesepakatan yang dizahirkan melalui Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang telah saya pengerusikan pada petang tadi.
Selain itu, bagi memastikan keterjaminan sumber bekalan tenaga, usaha bagi menangani kenaikan permintaan terhadap tenaga perlu diteliti melalui langkah-langkah strategik agar tidak akan menjejaskan peluang kemasukan pelaburan baharu dan komitmen pelaburan sedia ada.
Dalam konteks hala tuju tenaga di kalangan negara ASEAN, terdapat keperluan kritikal infrastruktur elektrik yang cekap, boleh dipercayai dan berdaya tahan dalam merangsang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serantau.
Untuk itu, saya tekankan keperluan negara mempercepat persediaan terkait dengan ASEAN Power Grid selari dengan persefahaman aturan kesalinghubungan penyambungan elektrik yang telah dicapai sebelum ini oleh negara anggota.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#ASEAN2025
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink