Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Feb 11, 2025 15:45
Petang tadi saya dan Presiden Turkiye @RTErdogan, telah hadir dan menyampaikan ucaptama di Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye bersempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara ini. Dalam ucapan, saya tekankan kepentingan kerjasama perdagangan antara kedua-dua ini diberi tumpuan yang bersungguh-sungguh dan dilaksanakan dengan segera. Ini didorong dengan pelbagai tarikan dan potensi ekonomi dimiliki Malaysia seperti kepakaran dalam industri semikonduktor dan digital yang boleh diperluas serta diperhebatkan lagi. Saya turut berkongsi sinergi baharu yanng boleh diterokai syarikat-syarikat Turkiye melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang dirangka untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan menarik pelaburan. Mengambilkira forum perniagaan ini adalah program terakhir dalam lawatan rasmi Erdogan, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk merakamkan penghargaan diatas kehadiran beliau dan delegasi hatta hubungan yang terjalin ini bakal meraih impak kerjasama seluas-luasnya di masa hadapan nanti. // This evening, I joined Turkish President Recep Tayyip Erdogan at the Malaysia-Turkey Business Forum in conjunction with his two-day official visit. In my speech, I emphasized the urgent need for enhanced trade cooperation between our countries. Considering that this business forum is the last program in Erdogan's visit, I expressed my appreciation for his and the delegation's presence, and that the relationship that has been established will have a broad impact on cooperation in the future. Teşekkür ederim, görüşmek üzere!! 🇲🇾🇹🇷 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
+1
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads