
Anwar Ibrahim|Feb 11, 2025 13:38
Sewaktu sidang media bersama oleh saya dan Presiden @RTErdogan di Seri Perdana, saya memaklumkan kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala Malaysia-Türkiye hasil lawatan ini, terutama menerusi pembentukan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSC).
Saya turut menyatakan keyakinan terhadap potensi besar Malaysia dan Türkiye dalam melonjakkan perdagangan dan pelaburan melebihi AS10 bilion dengan memperluas kerjasama dalam sektor semikonduktor, agro komoditi, elektronik, makanan dan minuman, serta pertahanan.
Presiden Erdoğan turut menzahirkan kepercayaan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam menguruskan Lapangan Terbang Sabiha Gökçen di Istanbul, dan Insya-Allah kerjasama ini akan terus diperkukuh dan dipererat.
Menyentuh peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN ketika ini, saya akan mencadangkan kepada sahabat-sahabat ASEAN agar Türkiye dipertimbangkan sebagai Rakan Dialog, sejajar dengan peranan Türkiye yang kian signifikan di rantau ini dan bakal memperluas ruang kerjasama terkait aspek keamanan dan kestabilan.
Dalam isu Palestin, saya percaya Malaysia dan negara-negara lain harus meneladani kepimpinan luar biasa yang dipamerkan Türkiye dengan menghantar lebih 100 kapal bantuan kemanusiaan. Ini satu usaha yang tidak ditandingi oleh mana-mana negara.
Saya turut tegaskan bahawa Malaysia akan terus lantang menuntut penyelesaian adil buat rakyat Palestin. Akar permasalahan yakni enjajahan berterusan dan perampasan tanah dan pencabulan hak kemanusiaan rakyat Palestin mesti ditangani dengan tuntas.
Terdahulu, saya dan Presiden Erdoğan menyaksikan pertukaran 11 memorandum persefahaman MoU antara kedua-dua negara, antaranya terkait kerjasama dalam bidang tenaga, pengurusan bencana dan kecemasan, penyelidikan saintifik, pertahanan dan keselamatan.
Saya dan Presiden Erdoğan turut menyaksikan replika Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) yang menjadi antara subjek utama dalam pertukaran MoU hari ini.
Alhamdulillah, kunjungan Presiden Erdoğan sejak semalam serta perbincangan yang berteraskan rasa hormat dan saling percaya antara delegasi telah memperkukuh persahabatan dan hubungan strategik Malaysia-Türkiye demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇹🇷
===
At my joint press conference with President Erdoğan, we reaffirmed our commitment to strengthening bilateral ties, particularly through the High-Level Strategic Cooperation Council (HLSC). Key priorities include expanding trade and investment beyond US10 billion, focusing on semiconductors, agri-commodities, electronics, food and beverage, and defense.
Türkiye’s trust in Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) to manage Istanbul’s Sabiha Gökçen Airport reflects our strong partnership.
As ASEAN Chair, I will also propose Türkiye as a Dialogue Partner to enhance cooperation in regional peace and security.
On Palestine, Türkiye’s leadership in humanitarian efforts is commendable, having sent over 100 aid ships. Malaysia remains resolute in demanding a just and amicable solutions, addressing both humanitarian needs and the root causes of occupation and land confiscation.
President Erdoğan and I also witnessed the exchange of 11 Memoranda of Understanding (MoUs) covering key sectors including energy, disaster management, scientific research, defense, and security. The Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) was among the significant topics in today’s discussions.
This visit has further cemented our strategic partnership, and I look forward to deepening cooperation for the mutual benefit of Malaysia and Türkiye.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink