
Anwar Ibrahim|Feb 06, 2025 12:18
Saya hadir meluncurkan program Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan yang melibatkan pengauditan sebanyak 1,856 buah badan lain termasuk Syarikat Kerajaan melalui satu platform digital yang terkini.
Kita seharusnya boleh berbangga kerana Sistem e-SelfAudit yang menggunapakai kecerdasan buatan (AI) ini telah dibangunkan secara dalaman melalui Projek Pendigitalan Jabatan Audit Negara (JAN) tanpa implikasi kos tambahan.
Pengauditan ini bertujuan menangani isu tatakelola yang dikenal pasti dalam syarikat kerajaan termasuk kelemahan pemantauan terhadap laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pelan strategik syarikat.
Antara isu lain yang dikenal pasti ialah kegagalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) memainkan peranan dalam mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian berterusan di peringkat syarikat induk dan anak syarikat.
Dalam ucapan, saya juga menyentuh bahawa ada masanya, tidak semua isu pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi, dapat diselesaikan secara keseluruhan, justeru, kita perlu mengangkat nilai-nilai murni dan menghakis sikap budaya malas dalam
membentuk jati diri yang lebih baik.
Memetik kata-kata penyair popular TS Eliot yang mengingatkan kita bahawa “between the idea and the reality lies the shadow”, saya percaya semua pihak boleh menerapkan anjakan diri ke tahap lebih baik, berilmu dan bertanggungjawab dalam kehidupan masing-masing, khususnya membawa negara ke tahap lebih hebat lagi di masa hadapan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink