Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim|Jan 31, 2025 12:12
Tatkala mengumumkan inisiatif wakaf bagi membangunkan sebuah sekolah, hospital, dan masjid di Gaza tempoh hari, ada sekelompok kecil termasuk pemimpin lampau yang meremehkan hasrat dan usaha Kerajaan yang menyikapinya atas dasar kemanusiaan dan keadilan. Gerombolan kecil ini memajukan hujah bahawa keperluan negara mesti diutamakan ketimbang penduduk Gaza. Jika itu hujahnya, sampai bila pun kita tidak akan dapat membantu sesiapa kerana masalah dalam negara memang akan sentiasa ada di mana-mana dan ia melibatkan semua lapisan masyarakat. Malah, apa yang utama adalah kita mesti terus berusaha menyelesaikannya sambil tidak bungkam terhadap kesengsaraan, serta ambil sikap keprihatinan yang tinggi dan agresif mendepani pelbagai isu yang merundung masyarakat sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Justeru, penderitaan yang dialami warga Gaza sudah melebihi batas kemanusiaan, malah menjadi kemelut terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Gaza lantas mengetuk dhamir dan nurani apakah kita sebagai masyarakat masih punyai rasa peduli dan maruah keinsanan terhadap warga tertindas. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja
+4
Mentioned
Share To

Timeline

HotFlash

APP

X

Telegram

Facebook

Reddit

CopyLink

Hot Reads