
Anwar Ibrahim|Jan 27, 2025 11:53
Usai istiadat Sambutan Negara di Istana Negara, saya dan Presiden Prabowo mengadakan pertemuan empat mata di Menara Berkembar Petronas.
Kami berbicara panjang terkait hal ehwal kedua-dua negara tetangga dan isu-isu serantau yang menyentuh kepentingan strategik Malaysia, Indonesia dan ASEAN.
Saya dan Presiden Prabowo senada mahu persahabatan erat negara serumpun ini dipertahan dan diperhebatkan sama ada dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam pelbagai bidang serta hubungan antara rakyat.
Perbincangan kami kemudian diteruskan dalam sidang mesyuarat terhad yang disertai pimpinan Malaysia dan Indonesia, di mana ruang-ruang kerjasama, pelaburan dan perdagangan baharu diteroka secara bersama.
Alhamdulillah, perbincangan yang berteraskan persefahaman, keyakinan dan kepercayaan ini membawa kepada beberapa kesepakatan, khususnya dalam merungkai beberapa isu tertunggak antara Malaysia dan Indonesia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Share To
Timeline
HotFlash
APP
X
Telegram
CopyLink